Sabtu, 11 Oktober 2014

10 GAMBAR ARTIS JANDA PALING HOT DI MALAYSIA


10 ARTIS JANDA PALING HOT DI MALAYSIA | KUALA LUMPUR, 4 MAC 2014: Dua minggu lalu sahaja negara digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti bergelar pelakon yang sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira dan juga Liza Abdullah.

Kedua-dua aktres ini dilihat tenang dengan status baru yang digalas mereka walaupun sesetengah wanita cuba menjauhkannya daripada hidup mereka bukan?



1). Liza Abdullah

Namun, dua orang aktres yang Murai sebutkan telah bergelar janda dan mereka ini bukanlah calang-calang orangnya. Liza Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres tersebut.


2). Erra Fazira

Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti yang lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain.

Bukan mereka berdua ini sahaja yang kini memegang status janda tetapi Murai berjaya menyenaraikan 10 orang selebriti terkenal tempatan yang kini sah bergelar janda. Itu sekadar gelaran kerana yang pasti, ada diantara mereka ini lebih hot daripada anak dara.



3). Nora Danish

Murai mulakan sorotan khas ini dengan memperkenalkan mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yang telah kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram.


4). Nabila Huda

Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.



5). Maya Karin

Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.



6). Rita Rudani

Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo.


7). Raja Azura

Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.


8). Norish Narman

Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.


9). Jasmin Hamid


Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki.



10). Noniswara


Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.


Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi Murai tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini.


Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. Murai sekadar mahu pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-angan beristerikan selebriti?

Jumaat, 10 Oktober 2014

[INFO] Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan


Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan | Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.

Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi,angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat. Elakkan juga kita tidur terlalu dekat dengan kipas angin.

8 Gambar Majlis Malam Berinai Erin Malek


Cantiknya Erin Malek di majlis malam berinai yang telah berlangsung malam semalam. Memang berseri-seri.

Hari ini adalah hari paling bermakna buat Erin kerana bakal bergelar isteri kepada Farriz Fauzy. Cantik tarikh yang dipilih oleh pasangan ini. 10.10.14.

















Punca Sebenar Adlin, AR Badul Dan Ruminah Sidek Mengamuk Dengan Filem Saloma


AMPANG: Pelakon Adlin Aman Ramlie berkata lebih daripada 90 peratus watak bapanya, Allahyarham AR Tompel dalam telefilem biopik Saloma siaran Astro First Eksklusif adalah tidak benar termasuklah seniman itu digambarkan sebagai punca biduanita Saloma menderita.

Walaupun perjalanan hidup Allahyarham yang dipaparkan adalah fakta, Adlin menyifatkan cara interpretasi visual yang disampaikan pengarah Melissa Saila dan penulis skrip, Megat Fauzi adalah keterlaluan dan sebanyak 29 babak dalam telefilem itu lebih berunsur tohmahan.

“Memang benar, ayah saya berkahwin dengan Saloma dan memiliki seorang anak serta beberapa fakta lain dalam telefilem tersebut betul.

“Tetapi pengarah dan penulis skrip menterjemahkan watak ayah saya seolah-olah mengikut bayangan mereka sendiri dengan berpandukan kata satu sumber sahaja iaitu Mariani (kakak Saloma) tanpa bertanyakan kepada kami waris-waris Tompel.

“Ini membuatkan seolah-olah Tompel itu menjadi punca Saloma menderita. Lebih-lebih lagi menerusi satu babak yang menunjukkan Saloma terpaksa keluar rumah dengan keadaan sarat mengandung kerana Tompel tidak membayar sewa rumah, menunjukkan Allahyarham langsung tidak bertanggungjawab,” katanya.

Adlin ditemui pada majlis sidang media khas yang dianjurkan keluarga dan waris AR Tompel di Perbadanan dan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas).

Kira-kira 30 orang waris seniman iti hadir pada sidang media tersebut termasuklah AR Badul, Amran Tompel serta dua isteri seniman itu, Ruminah Sidek dan Zaiton Ismail selain wakil peguam mereka, Azam & Co.

Telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat Aktor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

Tambah Adlin, cara terjemahan visual pada babak Tompel menghembus asap rokok pada Saloma juga tidak patut dipaparkan kerana ia dilihat seperti Saloma ‘diguna-guna’ oleh Allahyarham.

Sementara itu, pada sidang media tersebut, keluarga berkenaan telah menghantar notis berbentuk tiga tuntutan kepada Astro iaitu meminta pihak penyiar berkenaan menghentikan serta merta siaran telefilem itu, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga AR Tompel dan membuat pertemuan bagi proses rundingan.


AR Badul pula berkata, selepas menghantar surat notis kepada Astro 26 September, pihaknya telah mendapat respons daripada pihak Astro pada Rabu (semalam).

“Sekarang ini kami mahu telefilem itu segera dihentikan dan tidak diulang tayang lagi. Bayangkan jika ia terus ditayangkan pada masa akan datang, apa pandangan generasi masa itu terhadap keluarga kami?

“Bagaimanapun kami tidak mahu membawa perkara ini sehingga timbulnya saman menyaman.

“Tetapi kami sekeluarga sanggup berjuang sekiranya perlu menggunakan mahkamah untuk selesaikan perkara ini,” tegasnya.

AR Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramli Jaafar meninggal dunia pada 30 Januari 1973 selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.

Rabu, 8 Oktober 2014

'Bekas Suami Ke Mahkamah Selesai Kes Hak Jagaan Anak'


Pelakon Izreen Azminda menjelaskan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin yang dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 30 September lalu adalah bagi menghadiri kes tuntutan hak penjagaan anak mereka iaitu Muhammad Umar Adrian yang berusia setahun tiga bulan.

Izreen, 29, berkata, dia turut hadir pada hari tersebut bagi menyelesaikan kes berkenaan selain menuntut nafkah edah sebanyak RM500 setiap bulan serta anak iaitu RM800 (sebulan).

"Saya tidak tahu jika dia ke mahkamah tersebut pada tarikh lain, tetapi jika ada wartawan melihatnya pada 30 September lalu, memang dia ada di sana bagi kes tuntutan anak. Saya juga berada di situ.

"Dan Alhamdulillah, mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada saya," katanya .

Pada Ahad lalu, akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Riza, 31, telah dilihat beberapa wartawan seperti mengambil borang di kaunter mahkamah syariah tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, Riza terus menghilangkan diri selepas menyedari sekumpulan wartawan sedang memerhatikannya.

Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan apakah sebab bekas suami Izreen itu berada di situ.

Sementara itu, Izreen berkata, walaupun tidak menghalang Riza untuk berjumpa dengan Umar, dia sedikit tegas mengenai hal tersebut di mana Umar tidak dibenarkan bermalam dengan bekas suaminya itu.

"Buat masa ini, jika dia ingin berjumpa dengan Umar, ia perlu dibawah pengawasan saya sendiri atau dengan wakil saya yang boleh dipercayai.

"Bukannya apa, Riza pun sibuk dengan pelbagai kerja-kerja penggambaran, takut jika dia tiada masa untuk menjaga Umar. Mungkin selepas beberapa tahun kemudian saya akan membenarkan dia bermalam dengan Umar," ujarnya.

Izreen dan Riza telah bercerai pada 9 Jun 2014 selepas mendirikan rumah tangga kira-kira hampir dua tahun.Pasangan itu telah berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah.


Ini Dia Kekasih Keith Foo


Gambar kekasih Keith Foo yg cun & seksi ini. Bertuahnya Keith Foo dapat dia kan? Kekasihnya berasal dari Indonesia. Dikatakan diaorang telah berpisah namun Keith Foo tetap tidak dapat melupakan Kekasihnya ini :)

Lawa tak kekasih dia? jangan jeles ye

Selasa, 7 Oktober 2014

Kembar Hanis Zalikha Yang Comel Gile


Inilah kembar kepada pelakon terkenal, Hanis Zalikha yang dikenali Atita Haris yang cukup menawan seperti perempuan melayu terakhir dengan pakaian yang sopan dan bertudung.

Atita Haris ini adalah kembar kepada Haniz Zalikha kembar tetapi berlainan ibu. Mereka memang hampir sama manis.

Diharap Hanis Zalikha dapat memakai tudung seperti kembarnya itu.

Isnin, 6 Oktober 2014

Datuk Siti Nurhaliza Share Sensored Part.!!! Amboi Datuk K Baring Berbantalkan Peha Gebu


Nampaknya jalinan cinta antara penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato’ K memang tetap utuh seperti di awal perkahwinan mereka.

Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke-8 pada Ogos yang lalu, sekeping foto Dato’ K bermanja dengan Dato’ Siti jadi tumpuan peminat. Sila jangan jealous ya dengan keintiman pasangan favourite ramai ni.

Mana taknya, Dato’ K siap baring berbantalkan peha Dato’ Siti lagi tau! Sweet!Amboi! Bila tengok foto mereka berdua ni rasa macam lebih teruja pula nak kahwin cepat-cepat. Seronok bila ada tempat nak bermanja macam ni kan.


Bagaimanapun, ada juga yang tak berapa berkenan dengan foto yang dimuat naik oleh Dato’ Siti tu. Katanya macam nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan pula.Ha.. dek kerana komen tersebut, peminat Dato’ Siti pun apa lagi, teruslah berdebat mempertahankan idola mereka.

Yelah, takkan nak share foto dengan suami pun salah kan? Bukannya censored part pun!Tak dapat dinafikan, semua orang ada pendapat masing-masing kan. Apapun kan lebih bagus jika kita doakan kebahagiaan pasangan ini daripada asyik mahu mencari salah mereka. Betul tak? Tulisan artikel milik penuh Portal Ohbulan


Wajah Sebenar Nur Fathia Tanpa Mekap Cukup Memikat Hati


Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati - Nur Fahtia kini semakin popular sejak membintangi drama Ariana Rose. Kecantikan dan bakat lakonan Nur Fathia kian terserlah setelah berjaya memikat hati ribuan penonton menerusi drama yang diadaptasi dari novel terlaris berjudul The Wedding Breaker.

Nur Fathia yang memenangi watak utama wanita dalam Ariana Rose turut digandingkan dengan Keith Foo sebagai pelakon utama lelaki yang berbakat besar dalam dunia lakonan.

Berikut ialah profil dan biodata penuh Nur Fathia Pelakon Drama Ariana Rose TV3, juga sekeping gambar beliau tanpa memakai sebarang mekap namun tampil cukup memikat hati.

Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Nama Popular: Nur Fathia
Tarikh lahir: 1 September 1987
Umur: 27 tahun (2014)
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon dan Model
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Profil Instagram: http://instagram.com/fatiyalatiff
Profil Twitter: https://twitter.com/fatiyalatiff
Drama dan telefilem: Diandra, Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut, Ariana Rose (2014).

Lagi Bayi Meninggal Bi Taska Permata Bonda Putrajaya, Luahan Marah Abang Bapa Mangsa


Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya - Satu lagi kematian melibatkan bayi berusia kira-kira tiga bulan dilaporkan berlaku di sebuah taska yang terletak di Putrajaya.

Mangsa yang dikenali Imna Khalisa meninggal dunia di Taska Permata Bonda Presint 11 dan didakwa hanya diketahui ibubapa mangsa selepas bapa mangsa pergi ke taska berkenaan. Punca kematian masih disiasat kerana pihak keluarga sedang menunggu keputusan autopsi.

Berikut ialah luahan sedih dan marah abang kepada bapa mangsa menerusi akaun facebook peribadinya. Tulisan artikel milik penuhblog mymediahubonline.

"Salam...
Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.

Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.

Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.

Trust me. Someone will pay and heads will roll.

Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot.

Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi."

Ahad, 5 Oktober 2014

13 Gambar Hot Zul Ariffin & Ayda Jebat Semakin Intim


Nampaknya demam drama Rindu Awak 200% masih belum tamat lagi. Baru-baru ini Zul Ariffin dan Ayda Jebat dilihat telah hadir bersama-sama ke sebuah majlis yang berkaitan dengan kereta kebangsaan, Proton.



Kehadiran mereka berdua telah menjadi tumpuan ramai lebih-lebih apabila melihat kemesraan yang dipamerkan. Berpegangan tangan, berpeluk pinggang dan bertepuk tampar, Zul dan Ayda tampak seperti pasangan kekasih.

Adakah mereka berdua masih menghayati watak masing-masing dalam drama Rindu Awak 200% atau sememangnya Zul dan Ayda mempunyai perasaan sayang sesama sendiri? Yang pasti, mereka berdua memang ‘matching’ yang amat.

Gambar-gambar yang diambil oleh peminat mereka ini jelas menunjukkan kemesraan. Para peminat sendiri tampaknya merestui sekira mereka mempunyai hubungan lebih daripada sekadar kawan. Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja.

Apa kata anda? Sesuaikah sekiranya Zul dan Ayda benar-benar bercinta? Bak pinang dibelah dua kan? Lagi beberapa gambar bintang drama Rindu Awak 200% ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Terima kasih kepada para peminat yang menjadi paparazi penuh gaya untuk menangkap aksi mereka berdua.













Respon Tauke Jambu Kontroversi Gambar Peluk Wanita Di Kelab Malam


Semalam, dua keping gambar pelawak Tauke Jambu memeluk seorang wanita seksi di kelab malam telah tersebar secara meluas di laman sosial dan blog hiburan.

Susulan itu, Tauke dikecam teruk peminat sehingga dirinya dilabel sebagai kaki perempuan. Lebih teruk, gambar daringtersebut turut dikaitkan sebagai punca penceraiannya dengan bekas isteri beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Tauke yang dihubungi portal ohbulan sebentar tadi memberitahu dua keping gambar yang tersebar itu adalah gambar lama sewaktu beliau masih aktif pergi ke kelab malam.

"Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”

Dalam pada itu, Tauke mengakui sering ke kelab malam pada masa dulu namun menafikan tabiat tersebut sebagai punca perpisahan dengan bekas isteri. Katanya, jodoh itu ketentuan Allah dan tiada siapa tahu berapa lama ia bertahan.

"Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.
Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Penulis harap kontroversi ini tidak lagi diperbesarkan kerana setiap manusia melakukan kesilapan. Paling penting kita terus sokong industri lawak negara.