Sabtu, 28 Jun 2014

Elia Raini Pembaca Berita Astro Arena Mengeluh, Mengeleng Kepala Jadi Viral


Peminat sukan terkejut dengan gelagat pelik Elia Raini Robert ketika membaca berita Astro Arena secara 'live'. Aksinya itu sempat dirakam seorang penonton yang kemudiannya dimuatnaik ke laman internet.

Elia ketika itu sedang membaca laporan Piala Dunia 2014 tiba-tiba berhenti berbuat demikian sejurus mengeluh dan mengeleng kepalanya.


Natijahnya aksi Elia itu dikritik banyak pihak dan tidak kurang yang kesal dengan sikap bekas pembaca berita Astro Awani itu.

Ujar mereka, Elia sepatutnya lebih peka dan memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan daripada pihaknya atau mungkin kesilapan teknikal.








Menurut seorang kakitangan stesen tv swasta berkenaan berkata apa yang berlaku adalah kesilapa teknikal. Jelasnya, berita untuk jam 11 tidak akan disiarkan secara langsung tetapi hanya rakaman awal semata-mata.

Ujarnya, bahagian kesilapan teknikal itu sepatutnya dibuang namun akibat terlepas pandang, ia terlepas untuk tontonan umum.

Penjelasan itu telah meredakan keadaan dan Elia terbukti hanyalah mangsa keadaan.


Namun, pembaca berita itu tetap memohon maaf walaupun ianya kesilapan teknikal.












Aksi Memualkan Remaja Bertudung Litup


Aksi Memualkan Remaja Bertudung Litup | Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.

Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di Georgetown.

Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.

AKSI-AKSI MENARIK PEMAIN BOLASEPAK BRAZIL






Jumaat, 27 Jun 2014

Nad Zainal Akan Dedah Bukti Diganggu Azwan Kombos


Pelakon Nad Zainal bersedia mendedahkan mesej-mesej gangguan yang dihantar oleh bekas kekasihnya Azwan Kombos kepada umum jika keadaan memaksa.

Nad, 24, berkata, perkara tersebut terpaksa dilakukan sebagai bukti bahawa dia tidak mengada-adakan cerita sebaliknya benar diganggu oleh Azwan beberapa kali selepas mereka berpisah.

"Saya ada bukti daripada mesej-mesej yang dia hantar kepada saya termasuk ugutan daripada seorang wanita yang tidak dikenali dan saya sudah serahkan perkara itu kepada pihak polis.

"Jika pihak dia terus panjangkan cerita… saya akan dedahkan bukti daripada mesej-mesej rayuan dia ketika saya berada di Korea untuk penggambaran drama," ujarnya

Nad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang yang dibuatnya berkenaan ugutan dan gangguan daripada bekas kekasihnya ndan seorang wanita pada 24 Jun lalu.

Dalam pada itu, Nad berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan ugutan yang diterima daripada wanita tidak dikenali itu.

Tegasnya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika mempunyai bukti yang kukuh daripada siasatan pihak polis.

"Saya sedang tunggu hasil siasatan polis dan ingin mengetahui siapa perempuan yang mengugut saya untuk mendedahkan keburukan saya kepada media.

"Perempuan itu menganggu presiden kelab peminat saya untuk meminta nombor telefon saya, esok (Jumaat) saya akan ke Balai Polis untuk melihat hasil siasatan.

"Jika terdapat bukti dalam perkara itu dan mengetahui siapa perempuan itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kepadanya," katan Nad.


Sementara itu, Nad turut kesal apabila bekas teman lelakinya itu seringkali menunjukkan rasa seperti tidak tahu tentang perpisahan tersebut.

Malah, dia rimas apabila Azwan masih memberi kenyataan kepada media tentang hubungan yang hampir dua bulan sudah berakhir.

"Dia kata tidak tahu tentang perpisahan ini, walhal kami sudah bersemuka dan dia sudah bercakap dengan ibu saya.

"Saya pelik kerana dia kata sudah boleh terima kenyataan tetapi kenapa sering kali dia hantar mesej merayu untuk saya kembali kepadanya lagi," katanya.

Selepas berpisah dengan Azwan, Nad dikatakan bercinta dengan pelakon baru Hefny Sahad.

Khamis, 26 Jun 2014

Nota Terakhir Mona Fandey [pengalaman wartawan]


AKU mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya.

Sebelum ini aku tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. Aku bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.

Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, aku pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?

Akhirnya aku menemuinya, aku berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwaku dengan tiba-tiba. Saat itu aku di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Pertama kali aku melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu aku mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT aku dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).

Aku masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, aku sebak, sedih bercampur. Ya, rasa ‘bahagia’ atau rasa yang menerjah kalbu. Dengan air mata, aku menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, aku datang dari jauh dan mendirikan solat di Masjid Nabawi.

Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan. Aku berasa hampir dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, aku menghitung hari seterusnya berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama aku di tanah suci.

Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah jiwaku. Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari aku melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil.

Saban hari aku melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar undang-undang jenayah dan sivil.

Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT semua ini tidak akan berlaku.

Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata ‘kalaulah’ kerana semua yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Aku menghadiahkan al-Fatihah kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doaku untuk mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan nama.

Nama sebagaimana? Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa jenayah sedemikian terjadi?

Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan aku dan rakan-rakan wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup dengan mendakwa sebagai bomoh.

Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu pembunuhan yang teramat kejam.

Aku tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey. Dia seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi.

Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan perasaan hatinya dalam nota autograf yang aku ambil daripadanya dan kini tersimpan sebagai khazanah peribadi.

Bunyinya ringkas: “Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku.”

Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak. Pada satu ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri dikerat-kerat 18.

Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram remang bulu roma. Tidak semena-mena kedengaran bunyi ‘keruk-keruk’. Para hadirin memandang sesama sendiri.

Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan berita eksklusif. Pada petang itu, aku memperoleh maklumat daripada sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.

Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir berdarah.

Aku masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke Penjara Kajang. Hukuman mati sudah dijatuhkan.

“Saya nak senyum.” Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepadaku apabila ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara. Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.

Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum? Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah. Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, aku tidak berhenti berfikir. Apabila sampai di pejabat, aku cerita kepada Ketua Pengarang ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai kata-kata Mona Fandey.

Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang ‘tak kena’ pada wanita ini. Namun aku jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Aku beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa dirinya.

Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia, “Saya nak senyum.” Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas. Apabila dikenangkan, aku pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan seolah-olah mendewakan wanita ini.

Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah. Aku masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan.

Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi. Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi.

Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan mengiring orang mati pun menyanyi. Apa yang menariknya, Mona Fandey meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam mahkamah.

Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah jadi pentas hiburan. Aku berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih terpesong.

Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya ini.

BIAR BETUL! - TUNJUK 3 BULAN SLIP GAJI SEBELUM MASUK BUTIK FAREEDA EXCLUSIVE?

BIAR BETUL! - TUNJUK 3 BULAN SLIP GAJI SEBELUM MASUK BUTIK FAREEDA EXCLUSIVE? | Gempar di perkatakan tentang tudung Fareeda apabila untuk memasuki butiknya perlu mengemukakan slip gaji selama tiga bulan. Giller gempak!


Kalau sebelum nie kita dengar katanya orang sanggup beratur dan tidur di kaki lima semata-mata menjadi orang terawal membeli koleksi terbaru tudung Fareeda hinggalah pengiklanan di badan pesawat, sedikit sebanyak kita pun tumpang bangga melihat kejayaan perniagaan Melayu ini.

Namun apabila diberitakan bahawa Butik Fareeda Exclusive menghendaki pelanggannya menunjukkan slip gaji selama tiga bulan sebelum memasukinya, rasa agak melampau di situ.

Perkara ini disebarkan menerusi satu status Facebook pelanggan Fareeda yang kini tersebar di media sosial.

Pada masa sama, terfikir juga kot-kot ini adalah satu fitnah semata-mata. Majoriti kaum wanita yang meminati Fareeda tahu kot skala harga tudung jenama ini jadi mereka yang tak mampu awal-awal lagi dah telan air liur saja dari jauh apatah lagi mahu memasuki butik eksklusif mereka.

Namun sekiranya ini benar, pendapatan seseorang tidak semestinya tertera pada penyata gajilah.. isteri jutawan yang duduk rumah goyang kaki dan kerjanya cuma menghabiskan duit laki manalah ada semua itu kan?

Tak pernah pulak dengar nak masuk kedai kena tunjuk 3 bulan slip gaji melainkan kalau nak loan barang di Courts Mammoth ke, pasar raya AEON ke etc.

Wartawan Dan Blogger Terkenal, Mazidul Akmal Sidek Koma, Masuk Hospital PMC


Wartawan Dan Blogger Terkenal, Mazidul Akmal Sidek Koma, Masuk Hospital | Menerusi Portal Media Hiburan hari ini, Wartawan dan Blogger terkenal iaitu Mazidul Akmal Sidek dilaporkan telah diserang penyakit angin ahmar sejak beberapa hari yang lepas.

Beliau telah menerima rawatan di Hospital Pantai Medical Centre dan berada dalam keadaan koma sementara atau 'Induced Coma'. Namun Mazidul sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin sebelum menjalani pembedahan.

Rabu, 25 Jun 2014

Punca Ebby Yus Mempunyai Sportcar Mewah Mercedes Benz

Punca Ebby Yus Mempunyai Sportcar Mewah Mercedes Benz | Sekiranya pelakon perempuan yang mempunyai kereta mewah,dengan pantas segala gosip keluar mengatakan hidup perempuan tu ditaja.Kalau lelaki jarang pula yang mengata.Pelakon dan pelawak Ebby Yus mempunyai sebuah kereta mewah hasil usahanya.


Memerah keringat dan hasil kerja kuat, kini Ebby Yus mampu memiliki sebuah kereta Mercedes Benz.
Selain berlakon Ebby Yus juga mempunyai share dalam perniagaan restoran makanan.
Jom lihat gambar kereta Ebby Yus:




Fasha Sandha Balas Komen Peminat Tentang Penceraian Jejai Dan Nora Danish

Mungkin tertekan dengan komen peminatnya yang tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik penceraian Jejai dan Nora Danish, Fasha hari ini tampil memberi penjelasan. Mungkin kerana komen peminat tersebut adalah tidak tepat dan boleh menjatuhkan maruah suaminya dan Nora Danish.

Fasha Sandha Balas Komen Peminat Tentang Penceraian Jejai Dan Nora Danish




Fasha Sandha Balas Komen Peminat Tentang Penceraian Jejai Dan Nora Danish

(5 GAMBAR) DUTCH LADY BUAT HAL LAGI , KALI INI LEBIH MEMUALKAN!!



Kali ini terjadi lagi ,Memang sekali pandang , Ya Allah . Terkena pula pada pekerja aeon sendiri ,jadi pengurusan harus ambil tindakan cepat sebelum pengguna sendiri terkena .



Kalau ikut di gambar , tarikh luput masih ada sekitar sebulan lebih lagi , TAPI ? Ada yang menyatakan bahawa mungkin mungkin takut terkena panas ,yelah produk bersusu ni agak sukar . Yang peliknya , ia dihantar dari kilang terus ke pasaraya tersebut .

Kali ini , apakah alasan Dutch Lady agaknya ye Selepas berita viral , baru Dutch Lady tahu dan mempertahankan produk ?Sampai bila ? Diharapkan , pihak berwajib juga memantau kilang Dutch lady ni , bersih ke tak? huhuh ..



Selasa, 24 Jun 2014

PENGAKUAN: Isteri Curang Berz1na Dua Kali Sehari Dengan Majikan!!


Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan #ke-lamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan ji-jik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan in-tim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.

Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan #ke-lam-in, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.

“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.

“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan #ke-lam-in dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.

“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan #ke-lam-in dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan #ke-lam-in dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.

“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan #ke-lam-in dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.

Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan #ke-lam-in di rumah sewa lelaki berkenaan.

“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.

“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan perse-tubuh-an haram,” katanya.

Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.

Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah !

Sedang melayari Facebook, admin terjumpa sebuah Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah ini.Oleh kerana diakhir ayatnya supaya boleh tolong kongsikan post ini,jadi admin postkan di blog ini untuk tatapan anda semua.

Sejauh mana kebenarannya..Walahualam...


Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban.. 

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama .Tak rugi pun kita, lagi untung ada.

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

Amelina Amelie Alien hina OKU

Tadi, cecelik mata dah dihidangkan breakfast... wa dah selalu tengok status2 si budak Amelina ni... gambar dia tak tahu la fake @ memang dia... haihh dah nak dekat Ramadhan ni ada je benda yang bikin wa panas hati...

Benda ni dah viral kat Facebook @ blog juga, mungkin... siapa tak marah dengan ayat budak Amelina ni... sampai wa sendiri dah berdoa yang beburuk pada dia, haihhhhh.... kenapalah masih ada manusia yang tidak menggunakan fungsi hati dengan baik.... dah kena makan ulat ke hati masing2...??


.. Wa sendiri pun dah confuse, siapa yang OKU sebenarnya... punyalah lembab wa nak baca statement dia... bahasa dia kalau nak alien, alien lagi... kalau ada depan mata wa nih... memang wa bercita2 nak bagi asid sebelah muka... biar dia rasa terasing selepas tu...

... hurm.. ada yang doakan supaya dia dapat anak OKU jugak... tapi, wa berharap dia yang akan jadi OKU... kalau dia ada anak OKU, pasti dia buang anak tu... yelah, dia jijik dengan OKU ni kan...

oh ya :) lately memang wa emosional sket... makin emosional dengan kes penindasan manusia ni... haih...

Ahad, 22 Jun 2014

[ Hot ] Ramai tidak percaya Ibu anak OKU susah, facebook beliau di serang ?


Ramai tidak percaya Ibu anak OKU susah, facebook beliau di serang orang ramai untuk tahu kisah sebenar - Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet.

Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar profil 'selfie' wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.

Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berpelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis.

Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada awal pagi Sabtu.



Gambar ramaja yang dimuat naik pada September 2013 berpakaian kemeja-t dengan potongan rambut paras bahu itu turut dikongsi dengan pelbagai komen simpati oleh pengguna Facebook.

Berdasarkan pemerhatian, remaja berkenaan yang kelihatan sihat dan berisi dilihat duduk di atas sebuah sofa fabrik yang sama dengan kusyen dalam rumah di mana Muhammad Firdaus ditemui.

Menurut maklumat peribadi Imashima Lola yang berasal dari Sabah itu, dia yang tinggal di Kampong Nilai, Negeri Sembilan bekerja di sebuah syarikat katering yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kali terakhir Imashima Lola mengemaskini status Facebooknya ialah pada 19 Jun lalu,Sejak Sabtu, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai.

Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.Mstar

Wajah Sebenar Ibu OKU Yang Ditemui Terkurung Dan Kurus Melidi Di Nilai


Nilai: Seorang wanita yang dikenali sebagai Imashima Lola di Facebook, 40, iaitu ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Nilai, semalam, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata, ibu remaja terbabit akan direman empat hari sehingga Rabu ini.

"Wanita itu ditahan di kediamannya di Flat Semarak, Nilai bagi mengambil keterangan berhubung perkara itu," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

IBU remaja OKU disoal siasat anggota Imigresen ketika operasi memburu PATI. FOTO MOHD Khidir Zakaria

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu